Lupp Dupp Lupp Dupp

Sunday, June 2, 2013

Coretan Buat MAY

MAY,

Kata orang... kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Sememangnya cinta aku untuk kau sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh dihati, terpahat teguh di sanubari. Dalam melawan arus cemburumu, kesetiaanku terus-terusan kau ragui. Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Aku akan terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia denganmu. Walaupun jalan tetap berliku. Memang ada waktu aku hampir mengaku kalah. Ada saatnya aku hampir tersungkur. Namun, hati terus berkata, cintaku milikmu. Setiap mimpi yang hadir menyatakan aku milikmu MAY..

No comments:

Nuffnand Ads